Noki Kecewa Tuju Tak Datang Majlis Kahwin MK

 

Penyanyi dan pelakon Noki mengakui terasa hati apabila saalah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju tidak hadir pada majlis nikah dan persandingan sahabat mereka, MK.

Memetik mStar Online, Tuju berkata MK ada menghantar jemputan namun menurutnya sebagai sahabat lama sepatutnya hadir pada kedua-majlis tersebut.

“Saya tak mahu fikirkan sangat tapi kalau ikut logik, dia sahabat kam yang berkawan sejak dulu sepatutnya datang. MK ada beri jemputan ke majlis pernikahan dan kenduri hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Noki berkata dia memahami perasaan MK dimana dia juga kecewa dan sedih Tuju tidak hadir pada hari bahagia sahabat mereka meskipun bukan majlisnya.

“Saya nak komen banyak pun susah sebenarnya cuma jujurnya memang terasa biarpun bukan saya yang bersanding malam ini. Sebagai sahabat saya faham perasaan mereka. Kecewalah memang kecewa,” katanya.

Sementara itu, Noki berkata kali terakhir mereka berkomunikasi dengan Tuju sejak enam bulan lalu dan tidak menafikan berlaku sedikit salah faham sehingga hubungan renggang.

“Kami memang tak ada hubunginya langsung sejak enam bulan lalu, apa yang saya boleh katakan kami memang ada sedikit salah faham rasanya susah sikit untuk diselesaikan,” katanya.

Bagaimanapun, Noki berkata dia tiada masalah jika Tuju ingin kembali semula bersama K-Clique namun hubungan mungkin tidak akrab seperti dahulu.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila ketiadaan Tuju pada majlis pernikahan MK pada Jumaat lalu sekaligus menimbulkan tanda tanya peminat.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item