Suka Tidur Pakai Baju Open, 13 Tahun Wanita Dinikahi Jin Hingga Ada Ramai Anak

 

Setiap hari alami mimpi indah didatangi lelaki berwajah kacak, siapa sangka rupanya ia adalah petanda gangguan mistik daripada makhluk halus. Itulah dugaan berat yang dihadapi oleh wanita bernama @Echasusiami ini di mana kisahnya sedang viral di TikTok.

Kekacakan lelaki dalam mimpi sungguh luar biasa…Di luar batas kekacakan manusia biasa

Semua kejadian pelik ini bermula pada tahun 2008 saat Echa berusia belasan tahun. Satu malam, dia bermimpi seorang pemuda kacak datang bertemunya namun mereka tidak berbual langsung.

Lelaki itu hanya mengucup bibir dan anehnya, Echa yang masih naif begitu menikmati moment berkenaan. Mimpi yang sama berulang lagi pada setiap malam sampaikan ke tahap adegan melakukan ‘hubungan badan’.

Meskipun menganggap ia cuma mainan tidur, ia terasa seperti realiti sampaikan Echa pernah alami mimpi basah.

Setiap kali mimpi, muka lelaki tu berbeza…Setiap kali tidur, rasa taknak bangun

Pendek cerita, Echa akhirnya berkahwin dengan lelaki yang dikenali dari zaman sekolah. Disangka akan berakhir, rupanya mimpi pelik itu masih berterusan.

Bahkan kali ini lebih banyak kejadian aneh berlaku dalam rumah mereka. Suami dan anak sulungnya kerap ‘diusik’ sesuatu, tandas mereka mengeluarkan bau busuk dan paling teruk, ada ulat kecil muncul memenuhi kawasan ruang tamu.

Wanita ini mahu mendapatkan bantuan perawat Islam, namun suami menolak kerana tidak percaya dengan benda-benda ghaib sebegitu. Maka, Echa cuma mampu melindungi diri dengan cara putarkan alunan zikir dan Al-Quran.

Tak berani beritahu suami…Takut dia fikir aku dambakan lelaki lain

Selain lelaki kacak, Echa mimpi bermain dengan ramai budak dan bayi pula. Saat itu, kebetulan Echa yang menghidap PCOS memang benar-benar mahukan anak kedua.

Jadi dia berfikir mungkin mimpi tersebut cuma bawaan perasaan sahaja. Takut berlaku salah faham, dia tidak pernah beritahu suami tentang segala mimpi yang dialami.

2 hari kemudian, bau busuk dan ulat kembali muncul di dalam kediaman mereka. Suami sudah mula syak ada benda yang tidak kena, maka seorang ustaz dipanggil untuk ‘memagar’ rumah mereka.

Selepas setahun, ulat yang sama tetap ada namun hanya di luar rumah sahaja dan tidak boleh masuk.

Ya Allah, macam mana ustaz tahu? Kalau aku nak tipu pun tak boleh

Seorang lagi ustaz (kawan kepada bapa Echa) telah dihubungi untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila tiba di rumah, perawat itu merenung tepat ke arah Echa dan seakan dapat membaca gangguan yang berlaku.

“Awak ada mimpi berjumpa lelaki? Pernah mimpi ‘main’ dengan lelaki? Pernah mimpi datang majlis nikah? Pernah mimpi main dengan budak?”.

Ya, itulah soalan yang keluar dari mulut Pak Ustaz.

Walaupun belum bercakap apa-apa, Echa sedar dia tidak boleh lagi menyembunyikan hal tersebut. Si suami nampak bingung, namun Echa terus mengiyakan segala persoalan.

Alangkah terkejutnya, ustaz memberitahu Echa sebenarnya telah dinikahi oleh satu jin dan sudah mempunyai ramai anak bersama.

Masa rukyah, ustaz berhenti & cakap “Awak kena ikhlaskan”…Di alam bawah sedar, aku rasa terikat

Dalam proses rukyah yang berlangsung, Echa yang sudah terpaut dengan cinta si jin merasa sukar hendak tamatkan hubungan 2 dunia itu.

Dari 2008 sampai 2021, hatinya seakan terikat hinggakan merasa sedih untuk berpisah. Sampai akhirnya, ustaz meminta suami Echa bercakap dengan makhluk itu sendiri.

“Tolong lepaskan isteri saya. Echa dah jadi isteri saya. Echa dah bahagia dengan saya. Tolong jangan kacau kami”

Masa muda-muda dulu, aku suka sangat tidur pakai baju terdedah

Rukyah diteruskan, ustaz terus membaca banyak doa sampailah hati Echa tiba-tiba menjadi kosong sekosong kosongnya.

Alhamdulillah segalanya kini telah terlerai, Echa akhirnya bebas daripada genggaman jin berkenaan dan tidak lagi alami mimpi-mimpi pelik.



KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

VIRAL 8861117303102795666

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item