Hafidz Roshdi Belum Nikah Athira Yuhada, Baru Fasa Berkawan

 

Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikaitkan dengannya iaitu Athira Yuhada.

Memetik mStar Online, Hafidz turut menafikan dakwaan ingin mengumumkan sesuatu berkaitan hubungannya dengan wanita itu.

“Belum lagi, rileks dulu, apa-apa roger. Kalau saya kahwin mesti saya dah beritahu peguam saya. Saya tiada pengumuman nak buat,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidz mengenaskan hubungannya dengan Athira hanya sekadar kawan.

“Belum lagi, belum ada apa-apa. Masih berkawan…bagi rehat dulu,” katanya.

Hari ini, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada akhirnya sah bercerai dengan talak satu pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. 

Hakim Syarie Siti Rahmah Husssin mengesahkan lafaz yang dibuat Hafidz pada 22 Februari lalu adalah sah dan Shuhada tidak perlu jalani tempoh edah yang telah selesai pada 23 April lalu.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 1734517287330267953

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item