“Syamsul Tetamu Istimewa Datang Beraya, Lama Juga Dia Luangkan Masa Hari Tu”

 

Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa syukur hubungannya dengan bekas suami, Syamsul Yusof semakin baik selepas bercerai pada 14 Julai lalu.

Memetik Oh Bulan, Puteri Sarah berkata Syamsul juga semakin kerap meluangkan masa bersama anak-anak dan mahu hubungan sebagai pengarah itu dengan anak-anak terus rapat.

“Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa anak-anak. Hubungan saya dengan dia juga lebih baik dan kami selalu berhubung memberitahu perkembangan anak-anak.

“Kalau boleh saya nak terus rapatkan hubungan Syamsul dan anak-anak. Insya-Allah selepas ini dengan bapa dan mak mentua pula. Kami pun tidak menetapkan tempoh masa untuk berjumpa anak,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah mendedahkan turut ‘tetamu istimewa’ yang datang beraya pada Hari Raya Aidiladha yang lalu adalah Syamsul.

“Syamsul datang beraya dengan anak-anak. Tetapi datang beraya di rumah siapa, saya tak boleh kongsikan. Lama juga Syamsul luangkan masa pada hari itu.

“Saya melihat ia satu perkembangan yang baik dan tidak lagi seperti dahulu. Anak-anak juga sangat gembira, jadi saya mahu terus kekal begini,” katanya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 3201793512592817914

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item