“Mungkin Sampai Sekarang Saya Masih Penjual Roti” – Maryam Nafi Diperguna Suami Demi Duit
Youtuber dan pempengaruh popular berasal dari Korea, Maryam sudah lali apabila suaminya, Ryzal Ibrahim dihentam netizen.
Terbaru, Ryzal dikatakan mengerah tenaga dan mempergunakan Maryam demi untuk kesenangan dan duit. Mana tidaknya, selain content creator kini Maryam dilamar sebagai pelakon dan ada mengacarakan program.
Menurut Maryam atau nama sebenarnya, You Narae, tiada pasangan yang sempurna dan mereka saling mempergunakan antara satu sama lain.
Netizen tidak tahu suamilah yang bertanggungjawab mengajar saya menghasilkan kandungan kreatif hingga dikenali.
Jika tidak, mungkin sampai sekarang saya masih menjadi penjual roti. Bagi saya, ini adalah situasi menang-menang.
Pelakon filem Mat Tudung Begins ini rasa tak salah menggunakan bakat yang dia ada kerana itulah jalan rezeki buatnya.
Ketika ditanya mengenai kelas bahasa Melayu, Maryam berkata dia hanya belajar sendiri menerusi komen yang ditinggalkan di media sosialnya.
Apa yang tak faham dia akan cari makna di Google selain banyak bergaul dan berkomunikasi dengan orang.
Kredit: Berita Harian