Syamsul Yusof & Puteri Sarah Dilihat Mesra, Usik Mengusik

 

Umum mengetahui, rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof masih tidak menemukan titik noktah lagi.

Memetik Utusan, Selepas selesai prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam, pasangan itu dilihat mesra dan saling usik mengusik satu sama lain.

Bagaimanapun, kedua-duanya enggan memberikan maklum balas kepada media mengenai prosiding berlangsung.

Menurut Syamsul, kenyataan hanya akan diberikan oleh pihak peguamnya.

“Saya tak nak komen apa-apa. Semuanya pihak peguam akan keluarkan kenyataan. Itu Puteri Sarah, kejar dia,” seloroh Syamsul.

Sementara itu, Puteri Sarah tidak dapat memberikan kenyataan kerana perlu bergegas ke lapangan terbang untuk ke Jakarta.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 1350329090564294977

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item