Angau Bercinta Dengan Jejaka Sado? Ameera Khan Tayang Mesej Saling Merindu

 

Perkongsian adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan menjadi bualan apabila ada memuat naik perbualan mesra bersama seorang lelaki.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, jejaka tersebut meluahkan rasa rindunya terhadap Ameera serta meminta untuk melihat wajah cantik gadis itu.

Jejaka tersebut turut memuji dengan mengatakan Ameera adalah gadis tercantik di dunia baginya. Dalam pada itu, Ameera turut dilihat meluahkan rasa rindu pada jejaka tersebut serta menghantar dua foto kepadanya.

Namun, tidak didedahkan siapa pengirim mesej berkenaan dan Ameera dilihat menyimpan nombor di kenalan menggunakan emoji ‘love’ dan huruf A sahaja.

Meskipun gambar individu itu ditutup namun dapat dilihat jejaka berkenaan memiliki badan sasa berdasarkan bayangan profile picture yang digunakan.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 7536117997289127206

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item