Azhar Sulaiman Ber4ng Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam

Perkongsian pelakon Azhar Sulaiman menjadi perhatian apabila memuat naik paparan tangkap layar seorang netizen yang meninggalkan komen terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona.
Azhar yang naik angin dengan komen individu itu turut mengajak untuk bersua muka dengannya serta mendedahkan wajah individu tersebut.
Susulan pendedahan itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut apatah lagi berani meninggalkan komen lucah terhadap wanita.
Bagaimanapun, diruangan komen Azhar berkata dia tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut memandangkan sudah mendapat malu selepas pendedahan berkenaan.
Malah, Azhar memberitahu ada peminat yang memberikan salinan kad pengenalan lelaki itu meskipun tidak diminta.
Sementara itu, ada netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan lelaki itu yang dipercayai sudah mempunyai isteri.