Lelaki Pakai Kopiah ‘Kantoi’ Sel4k Kain Pelikat Kencing Belakang Kereta

 

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah perumpamaan yang paling sesuai digunakan buat situasi lelaki ini apabila tindakan tidak bermoralnya yang kencing di belakang sebuah kenderaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Selak kain pelikat sebelum kencing

Menerusi video yang tular di Twitter, dapat dilihat seorang lelaki berkopiah yang mengenakan baju Melayu berona merah tua berjalan seorang diri di sebuah kawasan perumahan.

Lelaki berkenaan dilihat mengangkat sedikit kain pelikat yang dipakainya sebelum bertindak kencing di bahagian belakang kereta jenis Perodua Axia.

Lebih menggeramkan ialah lelaki berkenaan terus berlalu pergi selepas selesai ‘menunaikan’ hajatnya seakan tiada apa yang berlaku.

Video yang tular di Twitter itu mendapat pelbagai respon dari wargamaya.

Respon netizen


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki berkenaan yang jelas memburukkan imej seseorang yang mengenakan kopiah.

Netizen berpendapat bahawa adab lelaki terbabit tidak sejajar dengan gaya penampilan yang ditonjolkannya.

Sumber: Twitter

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item