Pakai Seks1 Lagi, Netizen Kagum Leona Kebal Kec4man

Sebelum ini, influencer Kasih Iris Leona berkata dia tidak terkesan dengan kecaman netizen. Ujarnya, tidak perlu melayan kata-kata negatif tersebut kerana hanya akan membawa kemudaratan
Nampaknya selepas isu berbikini putih dan memakai dress ungu, Leona dilihat berkongsikan video di TikTok menari mengikut rentak lagu “What it is, ho? What’s up”.
Menerusi video itu, Leona dilihat mengenakan dress pendek berwarna biru menampakkan sebahagian bahunya.
Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan gadis itu dilihat kebal dengan kecaman netizen.
Dalam pada itu, ramai yang suka melihat perkongsian Leona serta mendoakan agar Leona akan berubah ke arah lebih baik suatu hari nanti.
Sebelum ini, bapa kepada influencer itu yang juga pelakon Azhar Sulaiman Azhar meluahkan rasa bimbang mengenai anaknya itu.
Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun dia bimbang jika anaknya itu sejenis ‘bodoh’ kerana tidak henti menimbulkan kontroversi.