Afiq Muiz Ingatkan Alya Iman Balasan Tak Bertudung -‘Langgar Perintah Allah? Confirm Diseks4’
Pelakon Afiq Muiz menyifatkan tindakan aktres Alya Iman yang tidak lagi mengenakan hijab seperti melawan hukum agama.
Balasan akhirat
Menuruf Afiq, dia meminta Alya untuk memikirkan semula keputusan yang diambilnya itu memandangkan wanita yang tidak bertudung akan menerima seksaan di akhirat kelak.
Keputusan melawan perintah Allah dan Rasul ke? Fikir la sebab perempuan tak bertudung confirm diseksa Alya.
Afiq berkongsi mengenai perkara itu menerusi ruang komen pada sepotong video temu bual oleh Astro Gempak kepada Alya.
Menerusi temu bual berkenaan, Alya meminta orang ramai untuk menghormati keputusannya yang tidak lagi mengenakan hijab dan berhenti menyalahkan arwah bapanya yang juga pelakon Azmi Mustapha.
Meskipun ramai netizen yang bersetuju dengan kenyataan aktor berusia 31 tahun itu, namun masih ada segelintirnya yang kurang senang dengan komen tersebut dan menganggap Afiq tidak layak untuk memberi nasihat kepada Alya.
Nama Alya Iman mula menjadi bualan hangat wargamaya apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab sekitar Mei lalu.
Menurut Alya, keputusan yang dibuat itu diambil selepas berbincang dengan keluarga dan akui lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit dalam media sosial.
Sumber: Instagram