Pujuk Anak Tiri Merajuk, Watie Dipuji Netizen

 

Sejak mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu, perkongsian pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah pasti akan menjadi bualan ramai.

Malah, ramai yang suka melihat kemesraan Watie dengan anak-anak tirinya serta mempunyai hubungan akrab.

Baru-baru ini, Watie dilihat ada memuat naik video di Instagram memaparkan sedang memujuk anak tirinya, Ariq Matin ketika berada di dalam kereta. Menurut Watie, Matin merajuk selepas melihat dia memeluk Talit iaitu kakaknya.

“Al kisahnya. Semalam selepas tengok video nyanyi mummy dan Dekta, ada yang cemburu, merajuk sampai menangis.

“Padahal lupa yang dia tak ikut mummy . Memang sampai ke sudah lah jawapan mummy dia tak dapat nak terima,” tulisnya.

Perkongsian Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji layanan usahawan itu terhadap anak-anak tirinya. 

Malah, netizen turut meluahkan rasa terharu anak-anak Shuib akhirnya dapat menumpang kasih seorang ibu serta tempat bermanja.



KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item