“Saya Dengan Zizan Kawan….Tapi Akan Datang Kami....”

 

Pelakon Ahirine Ahirudin mengakui emosinya terganggu susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.

Memetik mStar Online, Ahirine berkata meskipun sudah menjelaskan bahawa dia tidak kaitan dengan masalah rumah tangga pasangan itu namun namanya masih lagi dikaitkan.

“Saya okay tapi tak boleh nak hentikan orang yang bercakap mengenainya di media sosial, isu itu ‘melekat’ meskipun sudah menjelaskan kedudukan sebenar.

“Hubungan saya dengan Farid tiada masalah malah pernah terserempak dengan Diana di sebuah acara dan kami okay sahaja… saya mendoakan yang terbaik buat Farid dan Diana.

“Dari segi emosi memang terganggu tapi buat masa ini Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan tidak terjejas disebabkan isu yang berlaku,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, tular pula videonya bersama Zizan Razak, Ahirine turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan pelawak itu  hanya sekadar kawan.

“Ramai komen bila saya muat naik video dengan Zizan tapi nak cakap ada hubungan dengan dia memang tak sebab kami kawan… tapi akan datang saya tidak tahu,” katanya.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 7707569525117488419

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item