"SAYA TAK CURANG, DIA YG CURANG !" - View Chin BONGKAR SISI GELAP Bekas Isterinya

 

Beberapa hari lalu, Influencer TikTok, View Chin, 33, yang didakwa curang dengan staffnya oleh bekas isterinya, tampil memberi penjelasan

selepas tiga hari berdiam diri. Malah, dia menepis semua dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya, termasuk curang dalam perkahwinan mereka,

memaksa bekas isteri makan ubat terlarang, merakam video hubungan intim dan mengajak melakukan hubungan intim secara bertiga.

View Chin yang mempunyai 2.5 juta pengikut di TikTok dalam temubual eksklusif bersama China Press, hanya mengaku dia telah memukul

Shermine dan mendakwa wanita itu yang terlebih dahulu curang dan pernah dicekup oleh dirinya sendiri sebanyak dua kali.

TEMUI MESEJ LELAKI LAIN DALAM HANDPHONE ISTERI

Menurut View Chin, dia dan Shermine berkenalan melalui platform mencari jodoh sembilan tahun lalu sebelum menjalinkan hubungan. Selepas

isterinya mengandung, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

View Chin menjalankan perniagaan menjual pakaian secara online di media sosial. Shermine juga turut bekerja dengannya ketika itu dan selalu

memberi sokongan terhadapnya. View Chin juga mendakwa Shermine suka pergi ke kelab malam, tatkala dia sibuk menguruskan hal-hal

perniagaannya. Namun dia tidak menghalang dan membenarkannya.

Namun, segalanya berubah apabila dia mendapati ada lelaki yang tidak dikenali menghantar mesej kepada isterinya, "Baby, buat apa tu?".

Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

View Chin cuba bertanya mengenai mesej tersebut, tetapi Shermine katanya enggan mengaku. Enggan memanjangkan hal itu dan demi menjaga

hubungan keluarganya, dia memilih untuk memaafkan Shermine.

Tetapi pada 1 Ogos 2022, ketika ulang tahun kelahiran Shermine, View Chin sekali lagi mendapati ada lelaki lain menghantar mesej kepada

isterinya. "Happy birthday, I love you".

Terkejut dengan penemuan itu, View Chin terus berdepan dengan isterinya yang kemudian mengaku curang kerana dia View Chin terlalu sibuk

dengan kerjanya sehingga mengabaikannya.

TAK DAPAT TERIMA PERBUATAN ISTERI, AMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERCERAI

View Chin mengakui dia terkejut dengan pengakuan Shermine, sedangkan dia selama ini bekerja keras untuk mencari rezeki bagi menyara

keluarga dan memberikan kehidupan yang baik kepada mereka tanpa perlu bimbang memikirkan tentang makanan dan keperluan lain.

Malah dia turut mengupah pembantu rumah untuk menjaga anak-anak dan melakukan kerja-kerja rumah agar isterinya tidak perlu bersusah payah

melakukan semua itu.

DAKWAAN BEKAS ISTERI TELAH MENJEJASKAN IMEJ & REPUTASI SYARIKAT

Dalam pada itu, View Chin meminta orang ramai memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dia percaya bekas isterinya

berbuat demikian untuk memburukkan dan menjatuhkan imej dirinya dan syarikat.

"Banyak sudah perkara peribadi saya dengan bekas isteri tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa saya telah bercerai dengan Shermine tahun lalu dan urusan berkenaan perceraian telah pun diselesaikan

dengan baik atas persetujuan kedua-dua pihak.

"Isu yang tular ini bukan sahaja menjejaskan imej saya, malah imej syarikat saya. Saya percaya isu ini dibangkitkan bagi tujuan memburukburukkan saya dan juga untuk menjatuhkan saya.

"Saya menyeru kepada semua pihak untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan dan memberi ruang yang sewajarnya kepada sayau ntuk menangani

masalah peribadi saya. Saya akan mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang masih terus menularkannya," katanya menerusi satu

hantaran terbaru di Facebooknya hari ini.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item