‘Adik Kenapa Cakap Macam Tu..’
https://ceritakini123.blogspot.com/2023/08/adik-kenapa-cakap-macam-tu.html
Di TikTok, viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang bercakap di kubur datuknya.
Kenapa tidur dekat tanah?
Menerusi video pendek berdurasi 0.05 saat, kanak-kanak perempuan itu dilihat sedang bercakap di kubur datuknya sambil memegang botol berwarna putih. Ujar kanak-kanak tersebut, mengapa datuknya tidur di tanah sedangkan di rumah mempunyai katil.
Menjengah di ruangan komen, kanak-kanak tersebut dikatakan sangat rapat dengan datuknya. Mereka akan keluar bersiar-siar menaiki motosikal. Lebih menyedihkan, anak kecil itu tidak percaya bahawa datuknya sudah meninggal dunia.
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meluahkan rasa sedih dan berharap kanak-kanak perempuan itu kuat menjalani kehidupan harian.
Video
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA