Chef Wan Bersyukur Sel Kanser Belum Sampai Ke Otak

Umum mengetahui, baru-baru ini cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkongsikan beliau disahkan menghidap kanser limfoma.

Memetik Harian Metro, Chef Wan meluahkan rasa syukur sel kanser limfoma dihidapinya tidak menyerang bahagian otak. 

Menurut Chef Wan dia menerima perkhabaran itu selepas menjalani rawatan kemo pada Rabu lalu. Tambahnya, meskipun rawatan tersebut mengambil masa tidak lama namun berdepan kesakitan dan rasa kurang selesa.

“Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel kanser limfoma saya cuba menyerang otak. Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit.

“Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga.

“Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel kanser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata dia lebih berhati-hati mengambil ubat-ubatan dalam proses kemo dijalani agar tidak memberi kesan kepada organ dalaman.

“Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya,” katanya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

VIRAL 7733331489334528424

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item