4X Selingkuh Dimaafkan, Kini Suami Jual Kereta Isteri & Lari Dengan Gadis Lain
Bercakap tentang kehidupan berumah tangga, ada kalanya pasangan kita akan terjebak menjalinkan hubungan rahsia dengan orang lain mengalahkan budak sedang kemaruk cinta. Pun begitu, kemaafan masih sudi diberikan dengan harapan peluang kedua itu bakal digunakan sebaiknya untuk mengubah diri.
Sampai hati buat macam ni…Sudah 12 jam menghilang…Kami tak tahu dia di mana
Namun bagi wanita tabah bernama Puan Fika ini, peluang yang diberi kepada suaminya malah dipersiakan begitu sahaja. Sebelum ini, dia sempat memuat naik hebahan di Facebook bagi mencari suaminya yang gagal dikesan lebih tempoh 24 jam.
Kau kenal perempuan ni baru 3 bulan…Kau lebih pilih dia daripada isteri kau yang 13 tahun ni
Rupa-rupanya, lelaki berkenaan telah melarikan diri dengan seorang gadis muda dipercayai mengambil penerbangan dari Tawau, Sabah menuju ke Kuala Lumpur. Jelas Puan Fika, ini bukanlah pertama kali suaminya membuat ‘hal’ sebegitu. Bahkan sepanjang 13 tahun mendirikan perkahwinan, Puan Fika sudah 4 kali memaafkan perselingkuhan tetapi hatinya tetap menerima baik buruk suaminya.
Aku pun mahu bebas…Suka hatimu la…Janji kau lepaskan aku
Sebelum lari, katanya lelaki berkenaan telah membawa sekali semua duit dan bertindak menjual kereta milik Puan Fika. Sudah tidak tahan lagi menanggung semua ini, dia cuma berharap suaminya dapat muncul untuk meletakkan penamat pada kemelut rumah tangga.