“Kami Sekeluarga Tak Terkesan Apa-Apa, Jalani Hidup Seperti Biasa” – Kakak Ira Kazar

 

Kakak kepada Ira Kazar iaitu Melor Kazar memaklumkan adiknya berada dalam keadaan baik-baik saja meskipun berdepan ujian rumah tangga.

Memetik BH Online, Melor berkata bukan saja Ira, malah keluarganya tidak terkesan dengan apa-apa serta menjalani kehidupan seperti biasa.

“Kami semua baik-baik sahaja, tiada terkesan dan Ira juga sentiasa positif. Dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga tidak terkesan dengan apa-apa, Alhamdulillah baik-baik sahaja. Hakikatnya semua sama sahaja, tiada apa yang lebih, tiada apa yang kurang.

“Kami menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada kelainan. Ayah (Kazar) paling okay. Bila ayah okay dan kami pun okay. Keadaan Ira pun sama sahaja sejak dahulu, sentiasa positif,” katanya.

Sementara itu, Melor berkata mereka mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak dan sebagai keluarga mereka hanya boleh memberi nasihat.

“Jujurnya, kami mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pihak, sebelah sana dan sini. Sebab kita nak cakap lebih pun tak boleh, kita tak lalui apa yang mereka hadapi. Kita sebagai keluarga hanya boleh nasihat, dengar atau tidak, terpulang sebab masing-masing sudah besar dan boleh berfikir,” katanya.

Dalam pada itu, Melor berkata dia mengakui membaca komen ditinggalkan netizen namun tidak mengambil serius dengan apa yang dikatakan netizen.

“Kami baca semua komen dan kecaman netizen sama ada negatif atau positif. Yang baik kami ambil, yang buruk kami buang.

“Kami adik-beradik sudah diajar dan dididik untuk sentiasa bersabar. Sebab kalau baca akan mengganggu mental. Alhamdulillah, semua okay, nak kata kami takut ke mana-mana pun tidak sebab hidup perlu diteruskan,” katanya.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 929596666273197561

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item