Ada 936 ‘Screenshot’ Sejarah Layari Laman Luc4h Pada Telefon Bimbit Ebit Lew

 

Semalam, seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit  Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh hasil analisis daripada sebuah telefon bimbit.

Memetik Harian Metro, Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.

“Saya mohon untuk merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021,” kata saksi ketujuh pendakwaan itu.

Latifah turut memaklumkan beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit dan menemui lapan imej berunsur lucah.

Katanya lagi, imej-imej itu adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati hanya satu imej sahaja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, pada prosiding tersebut peguam yang mewakili Ebit Lew iaitu Ram Singh membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.

Menurutna, tiada bukti dalam sejarah carian melalui Gooogle mendapati sesebuah laman sesawang tersebut dilawati oleh anak guamnya sebagaimana dikatakan saksi.

Ram Singh berkata terlalu banyak carian dibuat di dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh pertuduhan.

Katanya, keterangan itu penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang melayari laman sesawang berkenaan sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item