Ibu Shuib Dedah Watie Ada Persamaan Dengan Arwah Siti Sarah

 

Malam tadi, pelawak Shuib selamat disatukan dengan wanita pilihan hatinya Watie Hanifiah. Ibu kepada pelawak tersebut, Salamiah Jalani meluahkan rasa syukur anaknya itu terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Memetik Astro Gempak, Salamiah berkata bukan mudah untuk Shuib menerima wanita lain dalam hidupnya selepas pemergian isterinya, Siti Sarah.

“Alhamdulillah syukur sangat sebab Shuib dah terbuka hati terima orang lain dalam hidupnya sekaligus menggantikan ibu untuk anak-anaknya.

“Sebelum ini tak dinafikan dia tidak yakin untuk berumah tangga lagi kerana dia bukan saja memikirkan tentang dirinya malah anak-anaknya juga.

“Saya nasihatkan kalau dapat pasangan yang baik apa salahnya. Ternyata Watie seorang wanita yang baik serta bersabar dengan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Salamiah berkata Watie juga mempunyai banyak persamaan dengan arwah Siti Sarah serta berharap hubungan anak dan menantunya itu akan berkekalan.

“Ciri-ciri Watie ini sebenarnya banyak dengan arwah Siti Sarah. Iyalah, saya pun bukannya orang baik. Kalau saya tak suka, saya terus je marah. Tapi dia macam arwah, kalau dia marah dia masih lagi datang kepada kita dan meminta maaf.

“Sikap lucu lain yang sama dengan arwah adalah Watie ni pelupa. Kalau tengok telefon tu, dia akan fokus sampai tak peduli orang panggil. Tapi saya selalu ingatkan dia, tak boleh begitu.

“Lagi satu apa yang sama adalah dia seorang yang suka melayan saya setiap kali datang ke rumah. Seperti arwah juga, saya teringin hendak makan apa-apa, dialah orang yang sibuk dapatkan atau masakkan untuk saya,” katanya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 6032076409147569875

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item