Dituduh Mendu4kan Siti Sarah, Abang Arwah Tampil Pertahankan Shuib
Sejak Jumaat lalu, kisah perkahwinan pasangan pengantin baru, Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah menjadi perhatian serta bualan ramai di media sosial.
Berikutan keputusannya untuk berkahwin selepas dua tahun pemergian arwah isterinya, Siti Sarah, ada netizen menuduhnya tidak setia kerana cepat bertemu pengganti.
Bagaimanapun, abang kepada arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin tampil mempertahankan adik iparnya itu serta menyifatkan komen netizen tersebut mengarut.
Malah, Firdous turut meminta netizen supaya mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum melemparkan komen terhadap adik iparnya.
Menerusi perkongsian di TikTok itu juga, Firdous turut menyertakan komen netizen yang berpendapat Shuib menduakan arwah isterinya yang begitu menyayangi pelawak tersebut.
Netizen turut mendakwa Shuib tidak akan bertemu dengan arwah isterinya di akhirat kerana sudah mempunyai isteri baru.
Dalam pada itu, Firdous turut menyertakan klip ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkenaan perkahwinan suami selepas kematian isteri.
“Kalau isteri mati dulu memang akan jadi isteri kita. Kita kahwin ramai mana pun tidak kiralah sampai empat sekali pun… kalau mereka (suami) mati dan tak kahwin lain selepas kita maka mereka akan menjadi isteri kita di dalam syurga,” kongsinya.