Isteri & Anak-Anak Balik Kampung Tahlil Bapa, Suami Di Rumah Syok Berdu4an Dengan Perempuan Lain Atas Katil

Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila mendapat tahu bahawa suami tercinta tergamak bermain kayu tiga dibelakangnya. Lebih parah apabila lelaki itu bertindak menghalau isteri dan anak-anaknya selepas perbuatannya itu terbongkar.

Suami kantoi curang

Seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu memberitahu bahawa dia dan suami sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sebelum mereka akhirnya nekad untuk mendirikan rumah tangga. Ujarnya lagi, sepanjang tempoh percintaan, dia sentiasa ada di sisi lelaki itu dari susah sehinggalah lelaki itu bergelar seorang juruterbang.

Malah sepanjang perkahwinan selama enam tahun, pasangan ini kerap bergaduh malah setiap kali pergaduhan, lelaki itu akan mengugut mahu bunuh diri. Namun siapa sangka, ketika Ayu mengandungkan anak kedua, dia mendapati suaminya mempunyai skandal dengan seorang pramugari di tempatnya bekerja.

Awalnya aku tak mahu maafkan tapi kerana dia merayu dan bersumpah di hadapan Al-Quran dan atas nama ibunya untuk tidak mengulanginya lagi.

Halau isteri dan anak-anak

Disebabkan itu, Ayu memberi peluang kedua kepada suaminya. Tetapi kejadian lain pula yang berlaku ketika Ayu pulang ke kampung bersama dua anaknya setelah dikhabarkan dengan berita pemergian bapa tercinta. Siapa sangka, rupa-rupanya sepanjang dia di kampung, suaminya sekali lagi bermain kayu tiga dibelakangnya.

Selepas melihat beberapa klip video kecurangan si suami, Ayu pulang ke rumahnya tanpa pengetahuan lelaki itu dan alangkah terkejutnya apabila melihat suami bersama skandalnya sedang berdua-duaan dalam bilik tidur mereka. Lebih mengejutkan apabila si suami tergamak menghalau Ayu dan anak-anaknya keluar dari rumah.

Setelah kejadian itu, aku cuba mencari alamat rumah perempuan itu untuk bertemu dengan ibunya. Tetapi melihat keadaan ibu wanita itu yang menghidapi sakit jantung dan bimbang akan kesihatannya, membuatkan aku membatalkan niat untuk menceritakan perkara sebenar.

Tidak lama selepas itu, baru lah si suami dan wanita terbabit menghubungi Ayu untuk meminta maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Difahamkan, berita perselingkuhan terbabit sampai ke pengetahun rakan kerja mereka, namun gadis berkenaan memutar cerita selain menuduh Ayu sebagai “isteri psiko”.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item