“Aku Tak Kuat Yani” – 10 Sekeluarga Dikhuatiri Lemas Dibawa Kepala Air

Penduduk Kampung Laut, Pasir Gajah Kemaman Terengganu dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita hanyut dibawa kepala air di sungai kampung itu kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Memetik laporan Buletin TV3, selain mayat wanita itu, satu lagi mayat lelaki ditemui di tebing sungai berhampiran Tasik Hutan Sungai Air Putih.

10 sekeluarga dikhuatiri lemas

Pihak polis mempercayai kedua-dua mangsa antara 10 sekeluarga yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Air Putih. Kini, pihak polis sedang giat mencari 8 lagi mangsa lain.


Lapor Buletin TV3 lagi, pihak polis menjumpai sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dan sebuah motosikal kira-kira dua kilometer daripada lokasi penemuan mayat wanita berkenaan.

Hasil siasatan awal pihak polis tak menemui sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada mangsa. Pihaknya mendapati mangsa telah lemas kesan daripada kejadian kepala air yang berlaku di hutan Air Putih.


Di ruangan komen perkongsian di Facebook, adik kepada mangsa memohon orang ramai mendoakan keselamatan 8 lagi mangsa lain.

Katanya dia baru sahaja sampai di Melaka semalam dan sempat membawa mangsa makan-makan pada Jumaat lalu.

Kredit: Buletin TV3 | Facebook Azrah Maisara

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item