Bekas pemain bola sepak disyaki terbabit kes pecah rumah?

 

Seorang lelaki yang juga bekas pemain bola sepak disyaki terbabit dalam kejadian kes pecah rumah dalam kejadian berlaku di Benut, Pontian, Johor baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, suspek yang berusia 33 tahun didakwa melakukan perbuatan tersebut pada Isnin lalu yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Sumber memaklumkan, polis menahan bekas pemain bola sepak yang pernah beraksi bagi beberapa pasukan utama Liga Super itu selepas dilihat mencurigakan sebelum mendapati dia disyaki terbabit dengan kejadian pecah rumah.

“Suspek cuba bertindak agresif apabila polis cuba menahannya menyebabkan berlaku sedikit pergelutan kerana dia tidak mahu memberikan kerjasama.

“Hasil siasatan, suspek mengakui melakukan aktiviti pecah rumah sebelum dia bersama seorang lagi rakannya menunjukkan lokasi di mana hasil rompakan disimpan semalam,” kata sumber berkenaan.

Memetik laporan Majoriti pula, Timbalan Ketua Polis Pontian, Deputi Superintendan Abdul Hamid mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan bahawa kes masih dalam siasatan.

Laporan tersebut turut disertakan dengan sekeping tangkap layar WhatsApp selain beberapa gambar berhubung kejadian berkenaan.

Untuk rekod, bekas pemain bola sepak itu agak terkenal apatah lagi pernah beraksi bersama beberapa pasukan gergasi Liga Super di Selatan dan Utara tanah air.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar), Majoriti (Nor Idayu Bosro)

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item