“Nama Pun Konsert, Bukan Majlis Ceramah ” – Menari Terlebih ‘Over’, Gadis Bertudung Tampil Beri Penjelasan

 

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok memaparkan kelincahan seorang gadis yang mendapat perhatian orang ramai apabila menari di kawasan tempat duduk penonton di program Big Stage 2023.

Bagaimanapun, aksi lincah gadis itu menari lagu Sengol Sengolan cubit Cubitan nyanyian Mas Idayu telah mengundang rasa kurang senang netizen memandangkan dia bertudung.

Tampil memberi penjelasan, gadis dikenali sebagai Nur Afrina Mohktar mendedahkan dia sebenarnya adik kepada salah seorang peserta yang bertanding iaitu Aufa Hanie.

Menerusi temu bual bersama Mstar, Afrina berkata ini bukan pertama kali dia melakukan aksi menari itu dan tidak menyangka kali ini tindakannya dirakam dan video tersebut menjadi tular.

Lagi pun kita dekat konsert kan, nak meriahkan suasana dekat konsert, so kita boleh hype.

Namun, Afrina menyedari tindakannya itu dikecam dan memaklumkan dia akan cuba untuk menjaga imej bertudung.

Tapi sebenarnya ramai sahaja yang menari di situ.. saya hanya enjoy dengan penonton lain tapi saya pula yang viral.



KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item