Berebut Anak, Noh Akui Hidup Sukar Lepas Bercer4i

 

Baru-baru ini, penyanyi kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh mengakui enam bulan selepas perceraiannya dengan bekas isterinya, Mizz Nina adalah satu tempoh yang sukar.

Perkara itu dikongsikan oleh Noh menerusi satu temubual laman Instagram (IG) portal dari Indonesia. Menerusi video itu, Noh turut menyebut mengenai perebut anak angkat bernama Musa.

Difahamkan, dalam temubual tersebut Noh diminta mengulas lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya dan salah satu daripadanya adalah lagu Manusia nyanyian David Bayu.

“Lagu Manusia benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.

“Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya.

Untuk rekod, Noh mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu.

Bulan lalu, perkongsian Mizz Nina mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah pun mendirikan rumah tangga dengan suaminya penyanyi rap dari Seattle, Amerika Syarikat, Essam Muhammad.

Sementara itu, Noh difahamkan sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa dan dijangka bakal disatukan pada September depan.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 3186588401422398872

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item