John Dihani Mohon Maaf, Shuib Tetap Saman

 

Semalam, pelawak Shuib Sepahtu bersemuka dengan individu bernama Zulhairi yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan arwah isterinya, Siti Sarah.

Bagaimanapun, Shuib memaafkan individu tersebut namun menegaskan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna Instagram dikenali John Dihani.
Namun, individu bernama John Dihani itu dilihat ada memuat naik kenyataan di Instagram memohon maaf secara terbuka kepada Shuib serta menyesal diatas tindakannya itu.
Malah, individu itu turut menyatakan kesediaan berjumpa dengan Shuib untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam pertemuan semalam, Shuib berkata dia bertegas mahu membawa John ke muka pengadilan meskipun individu itu sudah pun membuat permohonan maaf.
“Saya hanya ingin bersemuka dan menyelesaikan isu ini di mahkamah, malah sebarang perbincangan boleh dibuat melalui peguam saya saja kerana surat pun sudah dihantar kepadanya.

“Dia (John Dihani) ada mesej langsung semalam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi saya buat keputusan tidak mahu berjumpa dengannya kerana dia sangat berlagak.

“Saya tidak kenalinya dan tidak pernah mengusik keluarganya. Jika dia merasakan dirinya hebat sangat, bolehlah jumpa saya di mahkamah,” katanya.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 8192181232470507910

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item