‘Penat Suami Jaga Nama Baik Dalam Industri’ – Netizen Kec4m Penampilan Kain Terbelah Isteri Haqiem Rusli

 

Nama isteri kepada penyanyi popular Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea sekali lagi menjadi topik bualan netizen selepas dia memuat naik beberapa gambar di Instagram miliknya baru-baru ini.

‘Kain terbelah’

Menerusi perkongsian tersebut, Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, memuat naik gambar dia mengenakan pakaian berona putih yang dipadankan dengan kain bercorak bewarna biru gelap.

Difahamkan, gambar berkenaan diambil ketika Anis pergi bercuti di sebuah pusat pelancongan baru-baru ini.

Bagaimanapun, pakaian yang digayakan Anis telah menyorot perhatian netizen kerana dikatakan agak terdedah di bahagian dada serta kainnya yang terbelah sehingga menampakkan sedikit bahagian pehanya.

‘Air muka suami’

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas meluahkan rasa kurang senang dengan pakaian yang digayakan Anis dan menyifatkan ia agak seksi.

Malah, ada juga segelintir netizen menyifatkan Anis seperti tidak menghormati dan telah menjatuhkan ‘air muka’ suaminya yang selama ini menjaga reputasi serta nama baik dalam industri.

Dalam masa sama, ada juga netizen yang menasihati Anis untuk berpenampilan lebih elegant agar sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri.

Terdahulu, tindakan Anis yang tidak lagi mengenakan tudung sejak Syawal lalu telah menjadi topik hangat netizen dalam media sosial.

Sumber: Instagram

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 6742228116505681654

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item