TikToker Sanggup Cuci Muka Guna Air Jamban Masa ‘Live’ Demi ‘Gift’
Tidak dinafikan nak cari duit itu memang susah, namun bila dah hidup zaman 2023 ni, ada platform mudah, namun tetap kena usaha, misalnya buat TikTok live demi gift yang boleh dijadikan duit. Kita sedia maklum bahawa cara ini harus menarik minat penonton untuk meraih gift tersebut.
Malangnya ada yang sanggup melakukan perkara yang diluar jangkauan sehingga boleh menjatuhkan air muka sendiri dan hilang nilai moral sebagai manusia apabila melihat perkongsian daripada pengguna Facebook yang dikenali sebagai Komandan Marco ini.
Demi content
Dia kongsikan 2 jenis rakaman video live dari TikTok yang mana setiap video tersebut menunjukkan individu melakukan kelakuan yang tidak senonoh. Dalam video tersebut kelihatan individu di dalam video itu meminum air dari lubang jamban sambil berinteraksi sesama sendiri
“Ingatkan aku ja yg susah cari duit, rupanya ada yang lagi susah.Jatuh maruah seorang manusia apabila diperlakukan oleh manusia lain dengan sebegini rupa.Ini semua demi gift.”
“Air Jamban tu bukan sahaja kotor malahan tempat tinggal syaitan.Itu baru berdepan manusia dah macam-macam yg sanggup dilakukan demi dapatkan wang,belum lagi berdepan dengan Dajjal.”
Menurut individu yang kongsikan video ini, biarpun mereka mendakwa air jamban itu bersih, ia masih menjadi satu perkara yang menjijikkan kerana disitulah tempat untuk manusia salurkan najis mereka.
Bahkan sebagai umat islam, pastinya kita dah sedia maklum bahawa tempat-tempat sebegini bukanlah ‘bersih’.
“Nak duit pon agak-agak la,main benda kotor macam tu. Air jamban ni putih bersih la macam mana sekalipun ia tetap akan jadi kotor.Daripada kau sapu air najis ni,baik kau minum air Zam Zam atau air bacaan Yassin.”
“Niat dalam hati biar hilang kebodohan dalam diri tu.Ini baru yg perempuan, yang laki pun ada tau yg basuh muka dengan air jamban ni.”
“Ini la akibat bila meletakkan punca rezeki tu datang dari manusia, sanggup bodohkan diri. Kalau orang yg betul² percaya rezeki tu datang dari Allah dia takkan buat benda² macam ni sebab dia percaya rezeki Allah itu luas seluas luasnya.”
Kata Marco lagi, tidak kisah samada jamban itu baru atau dipasang lagi, ia tetap dianggap satu perbuatan kotor kerana pastinya akan terbayang najis walaupun ianya benda baru.