‘Seluar Tertanggal, Kaki Terbuka & Lutut Dilipat’ – Wanita Dedah Suami Tak Boleh ‘Masuk’ Walaupun 2 Tahun Kahwin

 

Di TikTok, seorang pengamal perubatan Islam berkongsi mengenai topik hubungan kelamin dalam kalangan masyarakat yang masih tabu sehingga menyebabkan segelintir pasangan suami isteri berasa malu untuk mendapatkan rawatan.

Tidak berjaya ‘bersama’

Menurut Alims, dia menerima pesakit yang mengadu masalah tidak pernah berjaya ‘bersama’ sepanjang dua tahun mendirikan rumah tangga. Ujar Alims, suami isteri tersebut berada dalam keadaan yang sihat. Ketika dirawat, si isteri memberitahu dia sering didatangi mimpi aneh ketika zaman bujang dan dipercayai ada kaitan dengan gangguan jin.

Pesakit suami isteri. Suami umur 30an isteri pula akhir 20an. Sudah dua tahun berumah tangga, mengadu sejak nikah tidak pernah sekalipun berjaya ‘bersama’ kerana isteri seolah-olah terhalang dari dimasuki.

Telah berjumpa doktor pakar dan kondisi suami adalah normal. Manakala, keadaan isteri juga tiada sebarang sakit yang menyebabkan halangan.

Keadaan fizikal isteri juga normal seperti wanita lain. Setelah disoal siasat isteri menceritakan semasa bujang dia kerap mimpi bersama dengan seorang yang tidak dikenali. Apabila terjaga daripada tidur, kerap kali kedua-dua belah kakinya berada di dalam posisi terbuka dan lutut dilipat.

Tambah Alims, seluar si isteri pernah tertanggal ketika wanita tersebut sedang tidur.

Pernah terjadi bila terjaga daripada tidur seluar yang dipakai tidak dipakai lagi. Semuanya berlaku tanpa sedar dan tidak dapat diingati langsung. Bagaimana dan bila pakaiannya dibuka.

Lebih teruk, si isteri akan menangis apabila doa dibacakan.

Bila ditanya, dia sendiri tidak tahu mengapa dia menangis dan akhirnya muntah.

Video

Di ruangan komen, netizen memberi nasihat kepada semua pasangan yang menghadapi masalah tersebut agar segera berubat.

Sumber: Alims 27

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item