‘Ada Je Kan Pergi Bercuti Bersama?’ – Dituduh Suka Burukkan Hafidz, Ini Respon Nurul Shuhada

 

Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri meneruskan kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal selepas sah bercerai dengan aktor itu pada 27 Julai lalu.

Bawa anak bercuti di luar negara

Terbaharu, Shuhada dilihat memuat naik beberapa momen dirinya bercuti ke luar negara bersama dua orang anaknya Humaira dan Umar di Instagram (IG) miliknya.

Dapat dilihat tiga beranak itu begitu seronok menikmati percutian mereka yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang sempat dikongsikan Shuhada ialah dia membawa kedua anaknya itu pergi menonton wayang di sebuah pawagam yang terletak di Shinagawa, Tokyo.

‘Berhenti burukkan nama bekas suami’

Namun begitu, timbul pula dakwaan yang kurang enak dibaca ditinggalkan seorang netizen terhadap perkongsian Shuhada itu.

Menerusi komen yang ditinggalkan di salah satu hantaran, wargamaya tersebut melemparkan tuduhan kepada Shuhada dengan mendakwanya sering memburukkan nama bekas suaminya.

Shuhada beri respon

Namun, Shuhada dilihat tidak mendiamkan diri apabila tampil membalas dakwaan yang dilemparkan netizen tersebut.

Menerusi komen balasnya itu, Shuhada menasihati wargamaya tersebut untuk tidak melebihi batas dalam meninggalkan kata-kata di ruangan komen.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber: Instagram


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 3297733757831790815

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item