DSV Terkejut Banyak Darah Kotor Keluar Lepas Balik Bercuti Dari Sabah
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida berkongsikan sebaik saja dia pulang dari bercuti bersama keluarga di Semporna, Sabah, tubuh bandanya keluar darah kotor begitu banyak.
Memetik mStar Online, Vida berkata dia tidak menolak darah kotor yang keluarga itu adalah tindak balas gangguan sihir yang pernah dialaminya sejak beberapa tahun lalu.
“Selepas saya balik dari Semporna hari itu, sampai sahaja semenanjung badan saya keluar darah iaitu darah kotor. Maknanya sihir tu dah pergi selepas saya melalui laut dan ombak-ombak di sana,” katanya.
Dalam pada itu, Vida berkata rakannya juga turut berdepan pengalaman sama apabila tubuh badannya mengeluarkan darah kotor yang banyak.
Kata Vida lagi, dia sempat berseloroh sangkakan darah tersebut disebabkan keguguran dan selepas kejadian itu dia merasakan tubuhnya semakin sihat berbading sebelum ini.
“Kawan saya juga alami perkara sama. Dia pergi tandas dan maklumkan banyak keluar darah sama seperti saya berwarna hitam dan berbau.
“Ingatkan keguguran, sebab banyak sangat darah yang keluar, Tapi Alhamdulillah. Lepas je kejadian tu saya rasa segar, even harini saya tak tidur lagi saya hanya nap 10 minit saja. Dan saya rasa saya makin sihat Alhamdulillah,” katanya.
Dalam pada itu, Vida turut berkongsikan perbuatan sihir itu dilakukan oleh individu yang dikenali serta mengingatkan kepada mereka diluar sana supaya sentiasa berhati-hati apabila berkawan.
“Ya orang yang kenal, orang yang bersama kita. Jadi berhati-hatilah bila berkawan. Berapa tahun saya tanggung sakit ni tapi saya lawan juga.
“Benda ni saya menderita dari tahun 2017 hingga 2020. Kadang tengah live pun saya boleh pengsan. Saya sebenarnya tak nak besar-besarkan cerita ni tapi saya just share untuk menangkis perkara ini,” katanya.