Bernikah Senyap-Senyap? Alya Iman Jawab Khabar Angin Sudah Berkahwin

 

Tindakan pelakon Alya Iman memuat naik beberapa perkongsian di Instagram Story memperlihatkan dia mengenakan busana pengantin serba putih telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Belum kahwin

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Alya berkata dia menggayakan busana tersebut untuk menjalani penggambaran bagi koleksi baju pengantin sebuah jenama tempatan.

Malah, anak kepada pelakon terkenal Allahyarham Azmil Mustapha itu juga menegaskan dia masih belum berkahwin dan tiada sebarang majlis pernikahan yang berlaku semalam.

Penjelasan, sebab saya rasa berdosa. saya tengah shoot kempen untuk Qiszar (jenama baju pengantin).

Jadi, tidak,  saya bukan bakal melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Tidak! Saya belum berkahwin.

Sebelum ini, Alya pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Februari 2020 namun ikatan itu hanya bertahan selama sebulan sahaja.

Alya kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan seorang duda kepada dua orang anak yang dikenali sebagai Ridhwan Rosli namun hanya bertahan selama dua tahun sahaja.

Sumber: Instagram


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

ARTIS 820140036178803138

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item