Pelakon berstatus ibu tunggal didakwa kantoi ada hubungan, siap ber'lentok' bagai dengan suami orang. Ini penjelasan tuan badan..
Shakila Koriri didakwa mempunyai hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang selepas seorang individu menyebarkan beberapa foto aktres tersebut
Menerusi gambar yang dihantar, Shakila dilihat mesra swafoto berlaga kepala dan turut lentok di dada lelaki tersebut yang dikatakan seorang ahli perniagaan.
Malah menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan pernah mengikuti aktres tersebut hingga ke Sabah untuk menjalani penggambaran program televisyen.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata tersebut telah memberi respon dan yakin bahawa ada pihak yang mahu menjatuhkan dengan menyebar fitnah.
Saya rasa ada individu di sebalik ini dan dia mengenali saya. Kalau ada masalah, boleh terus hubungi, jumpa terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau.
Tambahnya, dia perlu bertemu dengan ramai orang atas tujuan kerjanya sebagai selebriti dan ada pihak yang mungkin salah sangka terhadapnya.
Jelasnya, berjumpa dengan ramai orang itu perkara biasa untuknya lebih-lebih lagi Shakila memiliki perniagaan sendiri serta turut akui mempunyai kelompok kawan yang baru selain selebriti.